Sila Klik Iklan Ini

Followers

Thursday, August 26, 2010

DEMAM DENGGI

ASSALAMUALAIKUM

Anda semua pasti tahu apa itu DENGGI, dengan hanya satu gigitan nyamuk Aedes.. Anda mungkin menghadapi risiko DEMAM DENGGI. Mengikut maklumat yang diperolehi mendapati terdapat peningkatan sebanyak 6% kes Demam Denggi dan kematian sebanyak 42% pada tahun ini berbanding pada tahun lepas.


Jumlah kes yang telah dilaporkan bermula pada Januari sehingga 14 Ogos 2010 ialah sebanyak 30,455 kes dengan kematian sebanyak 95 orang. Berbanding pada tahun 2009 dengan tempoh yang sama kadar kes sebanyak 28,710 dan kematian adalah sebanyak 67 orang.


Pelbagai cara telah dilakukan untuk membendung penularan DEMAM DENGGI ini termasuklah gotong royong dan kementerian kesihatan juga telah menjalankan kempen "Jom Ganyang Aedes" telahpun bermula.

Nyamuk Aedes

Oitt.. Sedapnya, maanisss....

Antara simptom-simptom Demam Denggi

Gotong royong bersama, kejar tak cukup tanah.. huhuu

Semburan asap ini, membunuh nyamuk

Wednesday, August 25, 2010

Berita Gembira...

Berita gembira kepada kakitangan kerajaan dan pesara, kerajaan Malaysia akan membayar duit raya kepada kakitangan kerajaan sebanyak RM500 pada 8 september 2010 ataupun lebih senang sebelum 1 syawal ini.. Sekurang-kurangnya dapat la membantu kakitangan kerajaan menyambut hari raya Aidilfitri tahun ini. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia...

Tuesday, August 24, 2010

Petai Jeruk bersama aku

ASSALAMUALAIKUM

Selamat malam kepada budiman2 sekalian... Selamat berbuka puasa dan selamat bersahur bagi yang beragama Islam. Apakah makanan anda semua hari ini, tentunya sedap belaka.. ada yang masak dan ada yang tunjuk jer.. huhu,,, beli kat bazar ler.. bagi aku sama jer bazar tau masak... Anda semua pernah tak makan petai jeruk, perg memang sedap.. bagi yang belum pernah makan,mari la cuba.. klu tak pernah makan tau tak suka makan.. haahaa aku nak kongsi sikit gambar petai jeruk kat korang semua.. sedap...

Monday, August 23, 2010

Akibatnya...

ASSALAMUALAIKUM
Apa khabar anda semua, semoga semuanya sihat dan cukup sifat sehinggalah menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan kunjung tiba. Setiap kali tibanya bulan Ramadhan timbul la juga perkara yang sama setiap tahun. Apa lagi... buta mata, kudung jari tangan, melecur sana-sini.. erm.. nak buat cam ner lagi.. Ramai pencipta dan pengubahsuaian serta tak berhati2. Kenapa selalunya tiba bulan Ramadhan ramai yang cedera dek kerana mercun.. Kenapa tidak sambutan2 atau perayaan kaum lain.. Satu ketika dahulu mercun juga adalah teman sambutan hari raya, tapi tak de pun yang cedera kerana mercun.. Sekarang ni telah berubah, mercun itulah yang mengubah kehidupan kini.. fikirkan lah, nak main mercun boleh tapi kenalah berhati2.. Kalau kita baca surat khabar hari ini atau berita semalam, satu maut dan 2 cedera.. malahan sampai terpelanting 15 meter ke atas pokok.. perh.. tinggi tu.. Berhati2 lah semua..

Thursday, August 19, 2010

ASSALAMUALAIKUM





Hari ini aku nak kogsikan sedikit mengenai amalan cara hidu yang sihat kepada anda semua. Aku sertakan sedikit maklumat itu kepada anda semua.


Kunci untuk sihat sepanjang hayat

Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat, antaranya ialah:

* Makan secara sihat.
* Tidak merokok.
* Lakukan aktiviti fizikal.
* Belajar menangani stress.
Faedah cara hidup sihat

*Meningkatkan status kesihatan anda.

* Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok ( angin ahmar ) dan tekanan darah tinggi.

* Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik.

* membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan.


Makan secara sihat

* Nikmati pelbagai jenis makanan.

* Makan mengikut waktu yang teratur ( tiga waktu makan utama - sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam ).

* Pilihlah makanan harian berasakan Piramid Makanan.

* Pilihlah makanan yang rendah gula, garam dan lemak.

Tuesday, August 17, 2010

KURNIAAN ALLAH S.W.T

ASSALAMUALAIKUM..

Apa nak jadi sekarang ni, bila pekara-perkara sekeji ini akan hilang dari benak fikiran kita semua.. Kisah-kisah ini sering kali keluar memenuhi kaca television berulang kali, sehinggakan hampir hitam biji mata nak melihatnya. Apa lagi, kes buang bayi la... Dibuang di tepi parit, dalam sungai, takungan kumbahan dan macam-macam lagi.. Adakah zaman ini sudah tidak reti untuk menilai kebaikan dan keburukan sehingga sanggup membuang kurniaan ALLAH S.W.T.. Adakah bayi-bayi ini sudah setaraf dengan anak ayam yang mati dipijak ibunya sendiri, maafla saya tak bermaksud nak merendahkan taraf manusia tetapi ini lah realiti hari ini... tetapi ini lah hakikat pada hari ini, manusia-manusia yang terlibat ini tidak boleh lagi berfikiran secara waras.. Wallahualam....

Sunday, August 15, 2010

KIUB RUBIK PERLUKAN 20 GERAKAN

Pernahkah anda menyelesaikan kiub rubik dengan kesemua 6 bahagian mempunyai warna yang sama.. Saya nak ceritakan sedikit mengenai kiub rubik ini kepada anda semua. Kiub Rubik telah dicipta oleh Em Rubik di Hungary pada tahun 1974 dan mempunyai 43,252,003,274,489,856,000 kombinasi gerakan tetapi maksimum 20 gerakan sudah mencukupi untuk memastikan kesemua keenam-enam permukaan mempunayi warna permukaan yang sama.
Kajian selama 35 tahun ini melibatkan sekumpulan pakar matematik di beberapa universiti terkemuka dan seorang jurutera komputer. Permasalahan atau kebarangkalian kombinasi yang wujud bersama setiap pergerakan atau putaran pada kiub rubik dikira dan kemudian dipecahkan menjadi gugusan kombinasi yang lebih kecil. Kombinasi itu dibahagikan kepada 2,217,093,120 kombinasi lebih kecil dimana setiap satu mempunyai 19,508,428,800 posisi berbeza.

Kesemua pecahan kebarangkalian ini dimasukkan ke dalam memori komputer untuk seterusnya membantu mencari langkah paling efektif untuk menyelesaikan permasalahan. Kiub Rubik pad mulanya dikenali sebagai Magic Cube tetapi ditukar kepada Rubik's Cube sebelum ciptaan itu dilesenkan kepada Syarikat Ideal Toys pada 1980.

Selepas kajian selama 35 tahun itu,pakar matematik memutuskan bahawa permainan uji minda dengan enam permukaan berwarna itu sebenarnya boleh diselesaikan dengan kurang dari 20 gerakan.


Tuesday, August 10, 2010

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI DAN NASRANI

Aku nak kongsi sikit mengenai ibadat puasa di bulan Ramadhan bagi umat Islam, marilah kita mengisi sedikit ilmu pengetahuan ini bersama..
Daripada Amru bin al-Aas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi & Nasrani) itu ialah dengan makan sahur."
1. Manusia sejak dari zaman dahulu kala lagi telah mengenali amalan puasa. Mereka berpuasa bukan sahaja didorong oleh agama tetapi juga kerana beberapa tujuan tertentu.
2. Ibadat puasa yang telah diwajibkan ke atas umat Islam juga telah dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani, cuma terdapat beberapa perbezaan :
i- Orang-orang Islam menyegerakan berbuka puasa sedangkan orang Yahudi dan Nasrani melambat-lambatkannya. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: " Agama akan sentiasa tampak syi'arnya dengan nyata selama orang Islam berbuka puasa dengan segera (tepat pada waktunya), sebab orang-orang Yahudi dan Nasrani melambatkannya.
ii- Disunatkan bagi orang Islam yang berpuasa makan sahur sebelum masuknya waktu subuh kerana dengan makan sahur boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail.
3. Umat Islam hendaklah berpuasa dengan niat yang ikhlas kerana Allah dan tidak mengerjakannya kerana menganggap bahawa ia adalah suatu tradisi (ikut-ikutan). Bahkan apa sahaja ibadat yang dilakukan perlu dilakukan dengan ketaatan dan kesedaran tentang kewajipan untuk mengerjakannya.
Sumber dari http://www.islam.gov.my

MARI SINGGAH SINI...

Firstly, aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada korang semua..Secondly, aku nak promotekan satu blogshop kat korang sebenarnya.. Taraaaaa..

Kepada sesape yang tengah mencari tudung untuk hari raya nie, molek le kirenya korang singgah kat blogshop nie..Semua cantik-cantik tau koleksi tudung kat blogshop nie..So, ape tunggu lagi, jom singgah kat ZALAYU SHOPPE nie sekarang jugak tau..

Wednesday, August 4, 2010

Marila pulang...

Salam semua....
Aku tak der input nak isi kat post ni... erm jadi aku tulis je la ni.. huhuhu... Perjalanan ku masih panjang, Nak tau kenapa.. hahahha... hari ni aku nak balik Pahang, dah tiga bulan tak balik.. Rindu kat Mak Ayah n Adik2.. Semoga perjalanan aku selamat sampai ke destinasi... Sebelum tu kena singgah kat melaka dulu, tak kan nak tinggal Isteri huhuu, mana leh... Ok bye2...

Tuesday, August 3, 2010

Video lucah Katrina gegar bollywood

Tak habis lagi pasal airel Peterpan n Luna... Timbul lak lagi pasal artis bollywood lak.. Pada hari ni dunia Bollywood di gemparkan dengan rakaman yang hangat lagi panas rakaman video lucah yang dibintangi seseorang yang mirip Katrina Kaif yang bertajuk skandal seks Katrina Kaif.


Artis kelahiran Hong Kong itu menolak dakwaan yang mengatakan perempuan dalam skandal seks Katrina Kaif itu adalah dirinya, "aksi itu amat menjenggelkan dan perempuan itu langsung tidak mirip dengannya". Kata Katrina. Katrina yang pernah menerima gelaran wanita paling seksi di India itu tetap menolak dakwaan orang ramai itu tanpa mengulas lanjut.


Rakaman video itu menunjukkan seorang perempuan menaggalkan pakaian renangnya sebelum melakukan hubungan seks dengan beberapa jejaka..

Monday, August 2, 2010

Pusing-pusing bersama Isteri Tersayang..

Alamak dah dua hari aku tak post pa2 kat blog aku... Hujung minggu lepas aku bawak la Isteriku tersayang jalan-jalan kat Melaka, yalah hujung minggu je dapat jumpa. Kerja kat tempat berasingan, PJJ "perkahwinan Jarak Jauh" lagi aku.. nak wat cam ner.. Hari sabtu hari tu aku bawak la Isteri aku ke Mydin MITC melaka, jalan-jalan membeli belah... Nampak lak iklan PC Fair PIKOM.. singgah ler.. Ni la sedikit gambar-gambar nya....



Posing la pulak......

Nampak lak tahi lalat kat hidung tu......

Isteriku Tersayang......

Kat Sua Rasa Dataran Melaka......

MITC.......

Gerai Jualan Makanan........


Jamu Selera.........

Menyelerakan............


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails