Sila Klik Iklan Ini

Followers

Sunday, February 12, 2012

AUSTRIAN OAK

KEHIDUPAN adalah sukar sekiranya anda seorang pelakon aksi yang sudah berusia. Kenyataan ini dibuktikan oleh aktor veteran Arnold Schwarzenegger dan Sylvester Stallone dalam gambar ini setelah “dengan tidak sengaja” dirawat di hospital akibat kecederaan aksi lasak.Arnold, bekas Gabenor California memuat naik gambar ini di halaman akaun Whosay beberapa jam selepas diumumkan kedua-dua mereka akan berlakon bersama-sama dalam sebuah filem yang diberi judul “The Tomb.”

Arnold menulis di gambar itu, “Setelah semua aksi, lagak ngeri dan penderaan fizikal dalam penggambaran “The Expendables 2” dan “The Last Stand,” tiba masanya untuk membetulkan bahu saya. Cuba tengok siapa yangt tidak sengaja menunggu giliran di belakang saya untuk pembedahan bahu. “Sekarang kami bersedia untuk bergembira dalam aksi terbaru untuk penggambaran “The Tomb””. Arnold kini berusia 64 tahun dan Sly pula 65, sudah pasti ramai yang tertanya-tanya sama ada mereka berdua sudah sepatutnya melepaskan genre aksi kepada aktor yang lebih muda sesuai untuk aksi lasak filem-filem begitu. Namun begitu, ada yang merasa ragu sama ada kebetulan itu mungkin tidak benar, kerana mereka berdua perlu membuat promosi filem mereka.



Malah, terlihat jarum suntikan di leher Sly, menunjukkan ia hanya gambar main-main.

Arnold dan Sly adalah pesaing di era 80-an dan selalu bersaing untuk menjadi aktor aksi terhebat di Hollywood. Walaupun filem francais “Rambo” dan “Rocky” memberi hasil lumayan, Arnold turut berjaya dalam filem “box office” seperti “Terminator 2”, “Total Recall” dan “Kindergarten Cop.” Namun sekarang, mereka berdua menjadi sahabat baik dan akan bekerjasama untuk kali ketiga sejak beberapa tahun lalu, dalam filem “The Tomb.” Arnold muncul penampilan kameo di “The Expandables” pada 2010 dan akan mendapat watak yang lebih penting untuk sekuel akan datang. Projek terakhir Sly pula, dia akan berlakon sebagai seorang yang mereka penjara teknologi tinggi di mana dia kemudian menjadi banduan di penjara itu setelah dibelot. Dia bernasib baik kerana mendapat bantuan dalam usahanya untuk melepaskan diri dari seorang rakan banduan yang baik yang dilakonkan oleh Arnold. Arnold yang digelar “Austrian Oak” baru saja tamat penggambaran “The Last Stand”, iaitu percubaan pertamanya untuk filem “Western.”
 

credit:mymetro



Sunday, April 24, 2011

Kesan ZIKIR terhadap OTAK

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinterasi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.


Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah, seperti SUBHANALLAH, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik dikawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang kali, aktiviti saraf ini bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Maka otak akan aktif secara keseluruhan.


Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, Sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.


Hasil dari kajian yang dilakukan terhadap subjek ini di muatkan dalam majalah Scientific American, Keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dann ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak menusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberi satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.


Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf termasuk dibahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulangkali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.


Apabila senarai perkataan lain diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan BERZIKIR, terbukti meningkatkan kecerdasanotak dan menambah kemampuannya.


Maka marilah kita bersama-sama meningkatkan amalan berzikir kita setiap hari, Semoga kita semua mendapat rahmat dari-Nya. INSYALLAH...

Sekian..

kredit : Halaqah.net

Wednesday, March 16, 2011

TSUNAMI DI JEPUN

Assalamualaikum....
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya..
Semoga kita semua ambil iktibar dari apa yang berlaku di Jepun.







Thursday, December 30, 2010

HARIMAU MALAYA JUARA


ASSALAMUALAIKUM


Tahniah buat skuad Harimau Malaya kerana telah menjulang Piala Suzuki AFF buat pertama kali setelah sekian lama mengidamkan kejuaraan itu. Terima kasih juga buat penyokong-penyokong Harimau Malaya yang tak penah berputus asa memberi semangat kepada skuad negara. Satu strategi perlu dimulakan dari sekarang bagi memastikan skuad Harimau Malaya boleh mempertahankan Piala Suzuki AFF kekal dalam negara.



Penyokong-penyokong Harimau Malaya


Bersemangat

Kegemilangan


Kenegaraan



Sekadar hiburan..







Tuesday, December 28, 2010

PIALA SUZUKI AFF

ASSALAMUALAIKUM


Ha.. hari ini 29/12/2010 Malaysia bakal membawa pulang piala suzuki AFF, dimana perlawanan yang bakal berlangsung di stadium Gelora Bungkarno antara Harimau Malaya vs Sang Garuda pasti memberi persembahan yang menarik dan sengit, dengan berbekalkan 3 gol pastinya senario perlawanan bakal memuaskan kaki2 bola diMalaysia.


Walaupun Harimau Malaya telah dikalahkan oleh Sang Garuda di peringkat awal namun semangat kental pasukan Harimau Malaya dan Penyokong2 boleh memastikan Kemenangan di pihak Harimau Malaya. Walaupun kita telah mendengar desa desus yang dikatakan oleh penyokong2 sang Garuda degan pelbagai provokasi, kita harapkan Harimau Malaya sentiasa kental serta kuat semangat bagi kemengan berpihak kepada Malaysia.

Sunday, November 14, 2010

..ASSALAMUALAIKUM..


APA SUDAH JADI

Salah pemain atau salah pengadil? Walau apa pun semuanya telah berlaku. Keputusan pengadil memang muktamad, walaupun keputusan itu betu atau salah, puas hati atau tidak.. Yang penting iktibar dari semua yang berlaku ini perlu diambil kira.

Wednesday, November 3, 2010

Gempa serdahana di laluan maluku, laut selebes

ASSALAMUALAIKUM
Sedikit maklumat mengenai gegaran gempa bumi di laluan Maluku, Laut Selebes. Dua gegaran telah berlaku malam tadi dimana gegaran pertama berukuran 5.7 skala richter di laluan Maluku kira-kira 238km Timur Laut Manado, Indonesia dan 935km Tenggara Kunak, Sabah. Gempa kedua yang berukuran 5.3 skala richter berlaku di Laut Selebes, 376km Timur Laut, Manado, Indonesia dan 436km Tenggara Kunak, Sabah. Berikutan gempa tersebut, tiada amaran Tsunami dikeluarkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails