tag:blogger.com,1999:blog-60451845414292673922024-03-13T12:34:03.741-07:00Coretan KitaNizamhttp://www.blogger.com/profile/18401265722854036322noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-6045184541429267392.post-76357030783313670902017-08-28T22:53:00.001-07:002017-08-28T22:53:13.232-07:00Keramat 111 pingat emas
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Misi tercapai. Angka keramat 111 pingat emas
dipenuhi hari ini dan kebetulannya Azizulhasni Awang menjadi atlet yang
memenuhi sasaran itu menjadikannya lebih manis.<o:p></o:p>
Ini adalah pingat emas individu pertama jaguh lumba basikal dunia itu
dalam Sukan SEA. Pencapaian terbaiknya dalam temasya dwitahunan itu sebelum ini
adalah meraih dua pingat perak iaitu dalam acara 1,000m ujian masa dan pecut di
Korat, Thailand.<o:p></o:p>
Kali ini dia mencapai apa yang diidamkannya selepas menewaskan pelumba
pelapis Muhammad Shah Firdaus Sahrom 2-0 dalam perlumbaan akhir 200 meter pecut
di Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan.<o:p></o:p>
Azizulhasni juga dijangka meraih emas keduanya apabila acara kegemarannya
iaitu keirin berlangsung pada hari terakhir lumba basikal esok.<o:p></o:p>
Sebelum itu, keadaan cemas seketika dalam kem lumba basikal negara
apabila Azizulhasni tergelincir dan terjatuh ketika bersaing dalam separuh
akhir namun dia kemudian bangkit untuk menewaskan pelumba Indonesia, Puguh
Admadi 2-0.<o:p></o:p>
Malaysia pada awalnya dijangka boleh mengumpul 112 pingat emas hari ini
tetapi Sofian Nabil Omar Mohd. Bakri tewas mengejut kepada Calvin Sim dari
Singapura dalam perlumbaan omnium untuk pingat perak walaupun mendahului pada
awal persaingan.<o:p></o:p>
Peminat bagaimanapun masih boleh berpuas hati kerana jaguh berbasikal
negara mengutip tiga daripada empat pingat emas. Dua lagi emas negara dimenangi
oleh Eiman Firdaus Mohd. Zamri dalam acara 4km kejar mengejar individu dan
Fatehah Mustapa dalam acara pecut wanita.<o:p></o:p>
Secara keseluruhannya Malaysia mengutip 15 emas hari ini, bermula dengan
atlet gimrama menyapu bersih lima pingat emas individu yang dipertandingkan di
MITEC. Pingat emas lain dimenangi dalam acara terjun (tiga), skuasy (dua),
silat (satu) dan hoki wanita.<o:p></o:p>
Walaupun masih ada 67 pingat emas lagi dipertandingkan dalam baki dua
hari temasya, kedudukan Malaysia di tempat teratas carta pungutan pingat tidak
akan terjejas walau apapun keputusan yang diperoleh selepas ini.<o:p></o:p>
Juara 13 kali dan juara dua edisi sebelum ini Thailand, yang pada
awalnya dijangka akan memberikan cabaran hebat kepada kontinjen negara,
ketinggalan terlalu jauh dengan hanya 60 pingat emas dan disaingi sengit oleh
Vietnam yang mengumpul 54 emas untuk merebut kedudukan kedua keseluruhan.<o:p></o:p>
Ini adalah kali kedua Malaysia muncul juara keseluruhan selepas kali
pertama melakukannya di tempat sendiri pada 2001 dengan kutipan 111 pingat
emas.<o:p></o:p>
Kutipan pingat emas kontinjen negara boleh meningkat lagi apabila acara
lumba basikal trek disambung esok dengan lima lagi pingat emas dipertaruhkan
manakala terjun pula menyediakan tiga emas esok dan dua lagi pada Rabu.
Malaysia juga dijangka boleh memenangi beberapa lagi acara silat yang
menawarkan 16 pingat emas esok di Stadium Juara.<o:p></o:p>
Sementara itu demam bola sepak menyaksikan penyokong menyerbu Stadium
Shah Alam untuk membeli tiket perlawanan akhir antara Malaysia dengan Thailand.
Beberapa insiden penyokong lemas dalam lautan manusia ketika beratur untuk membeli
tiket berlaku manakala orang ramai dilihat beratur hingga kira-kira tiga
kilometer.<o:p></o:p>
Artikel penuh:
Nizamhttp://www.blogger.com/profile/18401265722854036322noreply@blogger.com