Sila Klik Iklan Ini

Followers

Sunday, February 12, 2012

AUSTRIAN OAK

KEHIDUPAN adalah sukar sekiranya anda seorang pelakon aksi yang sudah berusia. Kenyataan ini dibuktikan oleh aktor veteran Arnold Schwarzenegger dan Sylvester Stallone dalam gambar ini setelah “dengan tidak sengaja” dirawat di hospital akibat kecederaan aksi lasak.Arnold, bekas Gabenor California memuat naik gambar ini di halaman akaun Whosay beberapa jam selepas diumumkan kedua-dua mereka akan berlakon bersama-sama dalam sebuah filem yang diberi judul “The Tomb.”

Arnold menulis di gambar itu, “Setelah semua aksi, lagak ngeri dan penderaan fizikal dalam penggambaran “The Expendables 2” dan “The Last Stand,” tiba masanya untuk membetulkan bahu saya. Cuba tengok siapa yangt tidak sengaja menunggu giliran di belakang saya untuk pembedahan bahu. “Sekarang kami bersedia untuk bergembira dalam aksi terbaru untuk penggambaran “The Tomb””. Arnold kini berusia 64 tahun dan Sly pula 65, sudah pasti ramai yang tertanya-tanya sama ada mereka berdua sudah sepatutnya melepaskan genre aksi kepada aktor yang lebih muda sesuai untuk aksi lasak filem-filem begitu. Namun begitu, ada yang merasa ragu sama ada kebetulan itu mungkin tidak benar, kerana mereka berdua perlu membuat promosi filem mereka.



Malah, terlihat jarum suntikan di leher Sly, menunjukkan ia hanya gambar main-main.

Arnold dan Sly adalah pesaing di era 80-an dan selalu bersaing untuk menjadi aktor aksi terhebat di Hollywood. Walaupun filem francais “Rambo” dan “Rocky” memberi hasil lumayan, Arnold turut berjaya dalam filem “box office” seperti “Terminator 2”, “Total Recall” dan “Kindergarten Cop.” Namun sekarang, mereka berdua menjadi sahabat baik dan akan bekerjasama untuk kali ketiga sejak beberapa tahun lalu, dalam filem “The Tomb.” Arnold muncul penampilan kameo di “The Expandables” pada 2010 dan akan mendapat watak yang lebih penting untuk sekuel akan datang. Projek terakhir Sly pula, dia akan berlakon sebagai seorang yang mereka penjara teknologi tinggi di mana dia kemudian menjadi banduan di penjara itu setelah dibelot. Dia bernasib baik kerana mendapat bantuan dalam usahanya untuk melepaskan diri dari seorang rakan banduan yang baik yang dilakonkan oleh Arnold. Arnold yang digelar “Austrian Oak” baru saja tamat penggambaran “The Last Stand”, iaitu percubaan pertamanya untuk filem “Western.”
 

credit:mymetro



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails