Sila Klik Iklan Ini

Followers

Sunday, April 24, 2011

Kesan ZIKIR terhadap OTAK

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinterasi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.


Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah, seperti SUBHANALLAH, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik dikawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang kali, aktiviti saraf ini bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Maka otak akan aktif secara keseluruhan.


Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, Sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.


Hasil dari kajian yang dilakukan terhadap subjek ini di muatkan dalam majalah Scientific American, Keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dann ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak menusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberi satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.


Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf termasuk dibahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulangkali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.


Apabila senarai perkataan lain diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan BERZIKIR, terbukti meningkatkan kecerdasanotak dan menambah kemampuannya.


Maka marilah kita bersama-sama meningkatkan amalan berzikir kita setiap hari, Semoga kita semua mendapat rahmat dari-Nya. INSYALLAH...

Sekian..

kredit : Halaqah.net

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails