Sila Klik Iklan Ini

Followers

Monday, October 25, 2010

MUNTAHAN GUNUNG MERAPI

ASSALAMUALAIKUM

Gunung Merapi, Pulau Jawa

Hari ni aku nak citer sikit pasal gunung merapi di pulau jawa yang bakal meletus dan memuntahkan laharnya pada bila-bila masa sahaja.. Yea la.. blog aku ni dah lama tak der info terkini.. Jadi aku swap la sikit maklumat mengenai gunung merapi ini dari berita akhbar hari ni... Sedia maklum lah di kepulauan Indonesia terdapat banyak gunung berapi, ini memandangkan kepulauan Indonesia berada di bawah lingkaran itu.. Gunung merapi ni adalah yang paling aktif di negara itu dan sekarang ini gunung tersebut telah mengeluarkan asap panas yang akan memudaratkan penduduk sekitar..

Gunung merapi yang ketinggian 2,968 meter bakal meluahkan lahar pada bila-bila masa sahaja dan pihak berkuasa sedang bekerja keras memindahkan penduduk seramai 40,000 orang ke tempat yang lebih selamat sehingga keadaan gunung merapi tersebut reda dan tidak memuntahkan lahar lagi. 
Kali terakhir gunung merapi ini melatup pada tahun 2006 dan telah mengorbankan 2 orang penduduk berbanding 60 orang pada tahun 1994. Manakala pada tahun 1930, letusan gunung merapi ini telah mengorbankan seramai 1,300 orang. Pihak berkuasa Indonesia telah memberi amaran kepada penduduk supaya meninggalkan kediaman masing-masing agar tiada kemalangan jiwa yang berlaku... 

-Hmetro-
-Google-

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails