Sila Klik Iklan Ini

Followers

Sunday, August 15, 2010

KIUB RUBIK PERLUKAN 20 GERAKAN

Pernahkah anda menyelesaikan kiub rubik dengan kesemua 6 bahagian mempunyai warna yang sama.. Saya nak ceritakan sedikit mengenai kiub rubik ini kepada anda semua. Kiub Rubik telah dicipta oleh Em Rubik di Hungary pada tahun 1974 dan mempunyai 43,252,003,274,489,856,000 kombinasi gerakan tetapi maksimum 20 gerakan sudah mencukupi untuk memastikan kesemua keenam-enam permukaan mempunayi warna permukaan yang sama.
Kajian selama 35 tahun ini melibatkan sekumpulan pakar matematik di beberapa universiti terkemuka dan seorang jurutera komputer. Permasalahan atau kebarangkalian kombinasi yang wujud bersama setiap pergerakan atau putaran pada kiub rubik dikira dan kemudian dipecahkan menjadi gugusan kombinasi yang lebih kecil. Kombinasi itu dibahagikan kepada 2,217,093,120 kombinasi lebih kecil dimana setiap satu mempunyai 19,508,428,800 posisi berbeza.

Kesemua pecahan kebarangkalian ini dimasukkan ke dalam memori komputer untuk seterusnya membantu mencari langkah paling efektif untuk menyelesaikan permasalahan. Kiub Rubik pad mulanya dikenali sebagai Magic Cube tetapi ditukar kepada Rubik's Cube sebelum ciptaan itu dilesenkan kepada Syarikat Ideal Toys pada 1980.

Selepas kajian selama 35 tahun itu,pakar matematik memutuskan bahawa permainan uji minda dengan enam permukaan berwarna itu sebenarnya boleh diselesaikan dengan kurang dari 20 gerakan.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails