Sila Klik Iklan Ini

Followers

Thursday, August 26, 2010

DEMAM DENGGI

ASSALAMUALAIKUM

Anda semua pasti tahu apa itu DENGGI, dengan hanya satu gigitan nyamuk Aedes.. Anda mungkin menghadapi risiko DEMAM DENGGI. Mengikut maklumat yang diperolehi mendapati terdapat peningkatan sebanyak 6% kes Demam Denggi dan kematian sebanyak 42% pada tahun ini berbanding pada tahun lepas.


Jumlah kes yang telah dilaporkan bermula pada Januari sehingga 14 Ogos 2010 ialah sebanyak 30,455 kes dengan kematian sebanyak 95 orang. Berbanding pada tahun 2009 dengan tempoh yang sama kadar kes sebanyak 28,710 dan kematian adalah sebanyak 67 orang.


Pelbagai cara telah dilakukan untuk membendung penularan DEMAM DENGGI ini termasuklah gotong royong dan kementerian kesihatan juga telah menjalankan kempen "Jom Ganyang Aedes" telahpun bermula.

Nyamuk Aedes

Oitt.. Sedapnya, maanisss....

Antara simptom-simptom Demam Denggi

Gotong royong bersama, kejar tak cukup tanah.. huhuu

Semburan asap ini, membunuh nyamuk

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails