Sila Klik Iklan Ini

Followers

Wednesday, July 28, 2010

MOZILLA SNIFFER DISENARAI HITAM

Anda semua dialu-alukan untuk membaca maklumat ini, manala tau sekiranya anda pernah menggunakan MOZILLA SNIFFER. Mozilla telah mengambil tindakan menyekat dan menyenaraihitamkan Mozilla Sniffer, perisian tokok bagi Firefox yang dibangunkan pihak yang tidak bertanggugjawab untuk mencuri maklumat daftar masuk pengguna yang memindah turun perisian terbabit.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan laman blog, Mozilla sniffer yang sebelum ini boleh didapati menerusi laman addons.mozilla.org sejak lima minggu lalu sudah dimuat turun sebanyak 1,800 kali. "Perisian ini dikesan memotong data daftar masuk dan menghantarnya ke satu pelayan kawalan yang kononnya terhenti. "Mozilla Sniffer bukan dibangunkan Mozilla dan kami tidak pernah menyemaknya. Sungguhpun setiap perisian tokok Firefox diimbas bagi mengelakkan jangkitan virus tojan dan perkakasan buruk lain, sesetengah aktiviti berniat jahat cuma boleh dikesan melaui semakan kodnya", kata Mozilla.

Sehubungan itu, Mozilla sedang berusaha melaksanakan model keselamatan baru bagi addons.mozilla.org. "Selepas ini, setiap perisian tokok untuk Firefox perlu lebih dahulu menjalani semakan kod sebelum boleh disenaraikan di addons.mozilla.org," Kata syarikat berkenaan.

kredit - harian metro

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails