Sila Klik Iklan Ini

Followers

Monday, July 26, 2010

KD Tunku Abdul Rahman berjaya lancar Exocet SM-39

Aku rasa kamu semua dah tahu berita ini dan disini aku nak kongsikan sekali lagi perkembangan kapal selam negara kita. Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman, membuktikan kehebatannya apabila berjaya melancarkan peluru berpandu jenis Exocet SM-39 dari versi blok 2 ke permukaan air dikawasan Laut China Selatan, semalam. Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata peluru berpandu itu mengenai sasaran permukaan 40 meter panjang pada jarak 40 kilometer. Katanya, peluru berpandu itu dilancarkan pada jam 10.15 pagi semalam sewaktu kapal selam berkenaan berada pada kedalaman 55 meter di mana ia sukar dikesan oleh sistem penderia bawah air mana-mana kapal permukaan.

Penembakan itu dilaksanakan sebagai sebahagian aktiviti kontrak ujian tropika. Abdul Aziz berkata pelancaran peluru berpandu itu telahmembuktikan keupayaan kapal selam milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) itu melancarkan serangan dari bawah permukaan.

Beliau yang turut hadir bersama menyaksikan ujian itu, berkata penembakan itu juga bertujuan mengesahkan keberkesanan peluru berpandu itu dan keupayaan sistem persenjataan atau lebih dikenali sebagai SUBTICS KD TAR di kawasan laut beriklim tropika.


Katanya, misil Exocet SM-39 Blok 2, yang diperolehi dari Perancispada 2008 merupakan peluru berpandu bawah permukaan ke permukaan air yang mempunyai berat keseluruhan 2,100 kilogram, panjang enam meter dan diameter 35 sentimeter. KD Tunku Abdul Rahman adalah antara dua kapal selam jenis SCORPENE yang ditempah oleh kerajaan pada 202 dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion. Kapal selam itu dibina secara bersama oleh DCNS dari perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol. KD Tunku Abdul Rahman tiba di negara ini pada 3 Sept 2009, manakala kapal selam kedua, KD Tun Razak, tiba pada 2 Julai lalu.
Gambar - Kredit kepada Metro online.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails