Sila Klik Iklan Ini

Followers

Wednesday, July 28, 2010

Dr Sheikh Muszaphar akhiri zaman bujang

Tahniah buat Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang akan menamatkan zaman bujangnya pada 10.10.10, selepas tarikh itu Dr Sheikh Muszaphar Shukor akan di temani oleh pasangannya Dr. Halina Mohd Yunos. Tarikh perkahwinan ini adalah sempena ulang tahun ketiga detik Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007.

Pahlawan Melayu di Istana Kayangan menjadi tema di hari pernikahan yang akan dilangsungkan pada sebelah pagi di Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin Putrajaya yang terbuka kepada kunjungan orang ramai. Pasangan itu juga akan meluangkan masa selama satu hingga dua jam untuk bergambar bersama peminat.
Semoga pasangan ini dicucuri rahmat dan sentiasa bahagia..
Gambar - kredit kepada Google.com






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails