Sila Klik Iklan Ini

Followers

Thursday, July 29, 2010

MADAH

Marila kita bersama-sama membaca madah yang ingin saya kongsikan.

  • SAHABAT beriman ibarat mentari yang menyinar, sahabat setia bagaikan pewangi yang mengharum. Sahabat sejati pendorong impian, sahabat berhati mulia membawa ke jalan Allah.
  • WANG tidak dapat membeli kehidupan. Namun kehidupan tanpa wang juga tidak bererti apa-apa dan bagaikan lautan kekeringan tanpa air.
  • NAFSU mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik kerana ilmu dan kepandaiannya, manakala hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.
  • Biar dirimu miskin harta, asalkan hatimu mulia dan senyumlah pada insan lain. Ia lebih baik daripada kaya tetapi miskin budi.
   

Wednesday, July 28, 2010

MOZILLA SNIFFER DISENARAI HITAM

Anda semua dialu-alukan untuk membaca maklumat ini, manala tau sekiranya anda pernah menggunakan MOZILLA SNIFFER. Mozilla telah mengambil tindakan menyekat dan menyenaraihitamkan Mozilla Sniffer, perisian tokok bagi Firefox yang dibangunkan pihak yang tidak bertanggugjawab untuk mencuri maklumat daftar masuk pengguna yang memindah turun perisian terbabit.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan laman blog, Mozilla sniffer yang sebelum ini boleh didapati menerusi laman addons.mozilla.org sejak lima minggu lalu sudah dimuat turun sebanyak 1,800 kali. "Perisian ini dikesan memotong data daftar masuk dan menghantarnya ke satu pelayan kawalan yang kononnya terhenti. "Mozilla Sniffer bukan dibangunkan Mozilla dan kami tidak pernah menyemaknya. Sungguhpun setiap perisian tokok Firefox diimbas bagi mengelakkan jangkitan virus tojan dan perkakasan buruk lain, sesetengah aktiviti berniat jahat cuma boleh dikesan melaui semakan kodnya", kata Mozilla.

Sehubungan itu, Mozilla sedang berusaha melaksanakan model keselamatan baru bagi addons.mozilla.org. "Selepas ini, setiap perisian tokok untuk Firefox perlu lebih dahulu menjalani semakan kod sebelum boleh disenaraikan di addons.mozilla.org," Kata syarikat berkenaan.

kredit - harian metro

Dr Sheikh Muszaphar akhiri zaman bujang

Tahniah buat Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang akan menamatkan zaman bujangnya pada 10.10.10, selepas tarikh itu Dr Sheikh Muszaphar Shukor akan di temani oleh pasangannya Dr. Halina Mohd Yunos. Tarikh perkahwinan ini adalah sempena ulang tahun ketiga detik Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 yang dilancarkan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007.

Pahlawan Melayu di Istana Kayangan menjadi tema di hari pernikahan yang akan dilangsungkan pada sebelah pagi di Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin Putrajaya yang terbuka kepada kunjungan orang ramai. Pasangan itu juga akan meluangkan masa selama satu hingga dua jam untuk bergambar bersama peminat.
Semoga pasangan ini dicucuri rahmat dan sentiasa bahagia..
Gambar - kredit kepada Google.com






Monday, July 26, 2010

KD Tunku Abdul Rahman berjaya lancar Exocet SM-39

Aku rasa kamu semua dah tahu berita ini dan disini aku nak kongsikan sekali lagi perkembangan kapal selam negara kita. Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman, membuktikan kehebatannya apabila berjaya melancarkan peluru berpandu jenis Exocet SM-39 dari versi blok 2 ke permukaan air dikawasan Laut China Selatan, semalam. Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata peluru berpandu itu mengenai sasaran permukaan 40 meter panjang pada jarak 40 kilometer. Katanya, peluru berpandu itu dilancarkan pada jam 10.15 pagi semalam sewaktu kapal selam berkenaan berada pada kedalaman 55 meter di mana ia sukar dikesan oleh sistem penderia bawah air mana-mana kapal permukaan.

Penembakan itu dilaksanakan sebagai sebahagian aktiviti kontrak ujian tropika. Abdul Aziz berkata pelancaran peluru berpandu itu telahmembuktikan keupayaan kapal selam milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) itu melancarkan serangan dari bawah permukaan.

Beliau yang turut hadir bersama menyaksikan ujian itu, berkata penembakan itu juga bertujuan mengesahkan keberkesanan peluru berpandu itu dan keupayaan sistem persenjataan atau lebih dikenali sebagai SUBTICS KD TAR di kawasan laut beriklim tropika.


Katanya, misil Exocet SM-39 Blok 2, yang diperolehi dari Perancispada 2008 merupakan peluru berpandu bawah permukaan ke permukaan air yang mempunyai berat keseluruhan 2,100 kilogram, panjang enam meter dan diameter 35 sentimeter. KD Tunku Abdul Rahman adalah antara dua kapal selam jenis SCORPENE yang ditempah oleh kerajaan pada 202 dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion. Kapal selam itu dibina secara bersama oleh DCNS dari perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol. KD Tunku Abdul Rahman tiba di negara ini pada 3 Sept 2009, manakala kapal selam kedua, KD Tun Razak, tiba pada 2 Julai lalu.
Gambar - Kredit kepada Metro online.

Sunday, July 25, 2010

KERUGIAN BESAR hari ini..

Alamak uuuiiii... Ruginya aku hari ni, melayang duit aku RM 87.70 sebagai denda oleh Plus disebabkan kad Touch N' Go aku hilang. Aku keluar dari tol Tangkak dengan laluan Touch N' Go menuju ke Johor Bahru, dalam perjalan aku berhenti di Hetian Pagoh untuk mengisi minyak dan Hentian Machap untuk rehat dan solat subuh. Setelah selesai aku teruskan perjalanan sehinggalah sampai ke sedenak baru aku perasan kad Touch N' Go aku dah tak de kat tempat yang aku letak td. Dah puas aku cari dalam kereta manala tau klu2 terselit kat mana2. Aduhai tak jumpa gak, nak buat cam ner// dalam kad tu ada la dalam RM50.20, huhuhuhu.. perjalanan aku harus diteruskan. Aku tak pasti la kat mana kad tu tercicir, bukan rezeki la untuk aku simpan kad tu lama2.. huhuuhuhu...

Saturday, July 24, 2010

WISPA NEGARA






TAHNIAH!!!!!!












Tahniah kepada pemain skuasy negara Datuk Nicol David dan Mohd Azlan Iskandar memenangi kejohanan Skuasy terbuka malaysia. D Nicol telah memenangi gelaran Wispa buat kali keempat setelah menewaskan pemain dari England iaitu Jenny Duncalf.




Manakala Mohd Azlan telah menewaskan pemain skuasy dari Mesir iaitu Tarek Momen tiga set berturut2 dalam masa 37 minit dan menjuarai kejohanan ini buat kali ketiga. Semoga semangat ini tetap kekal bagi menjulang nama malaysia di muka dunia.










JOGET TIANG


PANAS!


PANAS!



PANAS!

PANAS!





memang panas....



Siswi kini dan dahulu terlalu banyak bezanya, sekarang ni dah macam-macam berlaku.. susuk tubuh menjadi pencuci mata bagi pengunjung disko tanpa ada rasa segan silu. Menghabiskan masa di disko dan mabuk. Betul ker semua ni untuk glamor atau keseronokan semata-mata.. renung2kan lah..






Thursday, July 22, 2010

ROYAL PAHANG

......WOW......
.....PELUANG HEBAT....
Dikalangan anda pasti ada yang meminati aktiviti pertandingan memancing, kepada
yang berminat bolehlah menyertai ROYAL PAHANG Bellfish International Challenge 2010 bertempat di
SERAI DI LANJUT BEACH & GOLF RESORT, ROMPIN, PAHANG
pada 6,7 & 8 OGOS 2010.
pertandingan yang dianjurkan oleh Berita Harian ini pasti lebih
menarik jika anda berada bersama-sama di sana.
untuk maklumat lanjut, silalah klick link ini

Andai ku tahu.. :(

Inikah realiti kehidupan zaman kini... "Andai ku tahu, takkan aku wujud di dunia ini.." jika bayi boleh berkata2. Aku mmg kecewa dengan apa yang berlaku pada hari ini. Setiap apa yang hadir dalam hidup ini adalah anugerah yang tak terhingga dari ILLAHI. Tapi kenapa hari ini kembali kepada zaman jahiliah, apa silapnya sehingga seorang bayi terpaksa menerima penderitaan yang amat perit sekali. Tiada apa yang boleh dilakukan hanyalah menadah dan terima sahaja, ibarat sebatang pokok , tak boleh bergerak mahupun mengelak... Ditendang, ditumbik dan ditampar, bagaimana seorang bayi boleh menahan penderiataan ini.. bagaimanalah perasaan ibubapa lain yang masih belum memperolehi cahaya mata dan masih mengharap bertahun2 lamanya.. Renung2kan lah, setiap apa yang belaku pasti ada hikmahnya.. Hakikat tetap hakikat..

Wednesday, July 21, 2010

tHe Yard


The Miramax Collector's Series presents the unrated director's cut of the motion picture acclaimed by critics and moviegoers alike. Mark Wahlberg ( THE ITALIAN JOB ), Joaquin Phoenix ( LADDER 49 ), and Academy Award (R)- winner Charlize Theron ( Best Actress, MONSTER, 2003 ) power this riveting crime thriller! Just out of jail, an innocent man ( Wahlberg ) becomes the target of the most ruthless family in town.. His own! Also starring James Caan ( THE GODFATHER Trilogy ), Faye Dunaway ( THE RULES OF ATTRACTION ), and Ellen Burstyn (DIVINE SECRETS OF THE YA-YA SISTERHOOD.

LiVe iS BeaUtiful

In this extraordinary tale, Guido (Benigni) - A charming but bumbling waiter who's gifted
with a colorful imagination and an irresistible sense of humor - has won the heart of the
woman he loves and created a beautiful life for his young family. But then, that life is t
hreatened by World War II, Guido must rely on those very same strengths to save his beloved
wife and son from an unthinkable fate.

Honored with an overwhelming level of critical acclaim, this truly exceptional, utterly uniqe achievement will lift your spirits and capture your heart.

Tuesday, July 20, 2010

RAHSIA SENYUMAN SEBAGAI PENAWAR PENYAKIT

Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang menghidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem penafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang mampu memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails